Wednesday 10 May 2017

SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG DAP TERLIBAT, EXCO DAN MUFTI KELU LIDAH?



1. Pulau Pinang Negeri penuh dengan Skandal Rasual sejak DAP menjadi pemerintahnya. Lim Guan Eng sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang turut dituduh di mahkamah kerana rasuah. Proksi Lim Guan Eng Dato' Seri Khor Teng Tong (Hunza Group) ditahan SPRM awal bulan April lalu kerana kes jual tanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.

2. Semalam (9 Mei 2017) sangat mengejutkan dan memalukan umat Islam di negara ini apabila Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

3. Pengurus Besar berusia 50 tahun ini didapati menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.


Friday 5 May 2017

RAFIZI GAGAL TUNJUK SIAPA BERI DANA INVOKE & NOW PROVOKASI ADAM BERJAYA




1. Polemik pergaduhan pemimpin PKR antara Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Ampang (dicutikan) dengan Rafizi Ramli serta Latheefah Koya semakin menarik apabila Adam Rosly mencabar Rafizi Ramli untuk mendedahkan kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW). Kata Adam dia sangat bersabar dengan Rafizi tetapi dia perlu bersuara. 3 cabaran Adam ialah;

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.



2. Sumber mendedahkan Adam Rosly tidak mungkin berani bersuara tanpa arahan Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Jadi cabaran Adam adalah atas arahan Azmin dan Zuraida sebelum mereka menjadi ahli jawatankuasa disiplin bagi kes Adam itu. 

Wednesday 3 May 2017

SEPUPU SHAFIE APDAL PRESIDEN PARTI WARISAN DICEKUP SPRM KERANA RASUAH?




1. Sumber KKLW mendedahkan terdapat lebih 60 fail berkaitan projek KKLW yang terlibat rasuah ketika Dato' Seri Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW telah diambil SPRM pertengahan April lalu. Ia melibatkan kes projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar ( JALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar ( BELB). Pastinya ia makin merimaskan bekas orang kanan KKLW yang terlibat dalam perancangan merompak oleh Shafie Apdal sebelum ini.  Mereka hendak selamatkan diri sendiri atau Shafie?

2. Begitu banyak bukti baru ditemui bukan saja kes rasuah pembelian bangunan Mara Inc yang baru-baru ini didedahkan melibatkan Datuk Mohammad Lan AIlani proksi Shafie Apdal malah kes-kes lain seperti projek Jabatan Air Neger Sabah melibatkan proksi dan ahli keluarga Shafie. 

Sunday 30 April 2017

AZMIN BAKAL TUMBANG DENGAN HELICOPTER JAMAL ATAU KRISIS KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR?



1. Dato' Sri Jamal Yunos sekali lagi melakukan kaedah sama mengunjungi kawasan Paya Indah Wetlands dan 28 April lalu melakukan tinjauan dari udara dengan helicopter.  Kaedah ini seperti apa yang dilakukan terhadap Adam Rosly dengan melakukan kunjungan ke rumah Disneyland Ampang milik Adam Rosly disusuli dengan Helicopter membawa kepada pertuduhan Adam rasuah Adam di mahkamah 21 April lalu.




Berita TV3 yang menunjukkan lawatan Dato' Sri Jamal di Paya Indah Wetlands 28 April 2017. Mendedahkan projek Gamuda RM30bilion dengan komisen 10 peratus


2. Kini mampukah kaedah yang sama akan menumbang atau menurunkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Kisah Paya Indah Wetlands pernah dibawa oleh CheGuBard atau Badrulhisham tahun lalu yang mendapat liputan meluas media mengenainya sehinggalah penglibatan syarikat taikun Gamuda Berhad yang membeli tanah Lot 68054 di Paya Indah Wetlands yang juga dikaitkan dengan penjualan SPLASH anak syarikat Gamuda.

3. Apa yang Jamal tunjukkan dari lawatan dan tinjauan dari udara adalah contoh fizikal kemusnahan alam sekitar kawasan yang berdekatan diwartakan sebagai kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar. 

Saturday 29 April 2017

THE TOP@KOMTAR 4 BULAN BEROPERASI SECARA HARAM GADAI NYAWA RAKYAT, UNTUNG PROKSI LIM GUAN ENG DIUTAMAKAN


The Top@Komtar 18 Disember 2016 dilancarkan sejak 18 Disember 2016. Sejak itu beberapa bahagian projek pengubahsuaian The Top@Komtar belum mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). OWG sangat kebal. Apa saja yang Dato' Sri Richard Koh pengasas OWG minta DILULUSKAN Lim Guan Eng. Termasuk mengutip hasil tanpa CCC. Selanjutnya didalam

SIRI 1

1. 4 tahun lalu, 1 Mei 2013 media rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Buletin Mutiara mengumumkan Kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang dikatakan siap menjelang tahun 2015. Ini termasuk kerjakerja pembinaan termasuk lif lingkaran luar KOMTAR yang bakal menjadi produk tarikan terbaharu menghubungkan Tingkat 5 ke puncak (Tingkat 65); pembinaan semula premis restoran bertaraf antarabangsa (sky dining) di Tingkat 59 dan Tingkat 60; menaiktaraf empat lif sedia ada dalam bangunan KOMTAR, pembinaan Dewan Bankuet (Tingkat 5), arked membeli-belah (Tingkat 5) dan eskalator di tangga utama ke Tingkat 5.

2. Lim Guan Eng mengumumkan  Syarikat World Equipment Sdn. Bhd. (WESB) anak syarikat Only World Group (OWG) milik sahabat baiknya Dato' Sri Richard Koh yang kononnya menang tender terbuka. Angka yang dilaporkan berbeza-beza dari RM 40 juta hinggalah kini RM 200 juta.

Thursday 27 April 2017

SURAT FELDA DIDEDAHKAN! BUKTI KERAJAAN SELANGOR GAGALKAN PROJEK PERUMAHAN FELDA SOEHARTO DAN SABOTAJ PPR SUBANG




1. Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat pimpinan PKR tidak pernah ikhlas dalam menyediakan perumahan dan kemudahan kepada rakyat. 23 April lalu Azmin Ali MB Selangor berkata jika Kerajaan Persekutuan mahu mengambil alih pengurusan bangunan PPR Subang 1 Kerajaan Persekutuan perlu membayar RM 60 juta yang dibelanjakan Kerajaan Negeri selama 16 tahun bagi membiayai kerja penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1

Sunday 23 April 2017

SELEPAS ADAM ROSLY KINI RADAR SPRM KEPADA SHAFIE APDAL DALAM SKANDAL MARA INC & KKLW?


[Pemburuan Adam Rosly sejak setahun lalu kini sudah ke peringkat pendakwaan mahkamah. Jadi kita berehat dahulu untuk Adam. Kita mulakan langkah dengan Shafie Apdal] 

1. Pemburuan yang belum berakhir ialah Dato' Seri Shafie Apdal Bekas Menteri KKLW yang kini menjadi Presiden Parti Warisan Sabah. Sikap bongkaknya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) dan siri jelajahnya di daerah di Sabah menuduh kerajaan dengan pelbagai isu sangat menjengkelkan. 

2. Secara logiknya mana ada Menteri ketika berkuasa (Akta Fungsi Menteri & Akta Kontrak) tidak terlibat dalam sesuatu urusan. Kuasa Menteri sangat jelas. Jadi tak perlu Shafie Apdal berlakon seolah-olah bersedia untuk disiasat. Sebenarnya Shafie Apdal lebih suka dan berdoa SPRM tidak memanggilnya. Di Malaysia dipanggil SPRM salah atau tidak rakyat memberi persepsi buruk.