Saturday 24 September 2016

SHAFIE APDAL BELI PARTI KEBANGSAAN SABAH ( PKS) RM 3 JUTA & DINAMAKAN SEMULA KEPADA PARTI KEBANGSAAN RAKYAT SABAH ( PKRS)


PKS tukar nama  PKRS 

Beli Parti

22 September lalu, bekas naib presiden Umno, Dato' Seri Shafie Apdal bersama Darell Leiking Naib Presiden PKR hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya bagi mendaftarkan parti politik baru mereka. 

Ahli Parlimen Semporna dan Penampang itu tiba sekitar jam 9.35 pagi dan terus memasuki bangunan ROS. Peletakan jawatan Darell Leiking selaku Naib Presiden PKR serta merta bagi tujuan rebranding parti baru bersama Shafie Apdal dan desas desus Darell dibayar lebih RM 5juta sebagai syarat penyertaannya dalam parti baru Shafie. 

Shafie awal Ogos lalu berkata bakal menubuhkan parti tempatan baru yang berpengkalan di Sabah dan akan disertai ramai orang selepas ia dilancarkan nanti.

ROS baru-baru ini mengesahkan 11 Parti Politik Baru yang diluluskan di Sabah iaitu

1) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

2) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.

3) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).

4) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).

5) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).

6) Parti Bersatu Bugis Sabah.

7) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).

8) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.

9) Parti Cinta Sabah (PCS).

10) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).

11) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).

Rebranding Parti Kebangsaan Sabah (PKS) kepada Parti Kebangsaan Rakyat Sabah (PKRS) sedikit sebanyak mempunyai akronim PKR menyuntik semangat rakan-rakan PKR menyertai PKRS sebagaimana tindakan Darell Leiking Naib Presiden PKR ini. Bagi Datuk Seri Hj Lajim Haji Ukin Pengerusi PKR Negeri yang telah memberi gambaran kerjasama parti pembangkang sangat perlu sudah membayangkan betapa parti baru PKRS adalah elemen parti tempatan untuk mengimbangi parti dari Semenanjung Malaysia. 

Ini bererti Parti PKR, ( Pakatan Harapan) akan berkolaborasi dengan Parti PKRS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai komponen pakatan!. Kemasukan Darell Leiking Naib Presiden PKR dalam PKRS sudah membuktikan bahawa PKR seolah-olah mempunyai cawangannya di Sabah sebagai elemen parti tempatan.

Dari segi dana Shafie Apdal setakat ini tidak mempunyai masalah kerana sebelum ini telah digambarkan bahawa Datuk Peter Anthony Proksinya akan membiayai dana parti RM200 juta. Usaha - usaha serius Shafie dapat dilihat selepas Darell Leiking dibayar lebih RM5 juta dan membeli Parti Kebangsaan Sabah RM3 juta!. 

Pembelian Parti baru bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini pada tahun 2010, Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) yang telah ditubuhkan di Kota Kinabalu rebranding dari Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) dipimpin Presidennya Berman Angkap pernah dibeli RM13 juta! namun akhirnya berkubur dalam PRU ke 13.

Apakah pula nasib Parti Kebangsaan Rakyat Sabah ( PKRS) ini? Bagaimanakah Parti STAR yang dipimpin Jeffy Kitingan? Apakah kali ini akan berkolaborasi dengan parti tempatan dan Pakatan? Kaedah lama STAR sebagai pemecah undi pembangkang mungkin tidak sesuai lagi. Untuk rekod STAR pernah dibayar penaja RM18 juta untuk tujuan ini dalam PRU ke13.

Yang ditakuti oleh Shafie Apdal ialah pertembungan parti pembangkang sesama sendiri di kawasan Parlimen dan Dun. Jika itu berlaku sejarah membuktikan BN menang.

No comments:

Post a Comment